Friday, December 12, 2008

Selepas Dong Ziao Jong, MCA pula menyerang RTM

Memandangkan pendirian pihak tertentu yang tidak serius mempertahankan kedudukan, MCA bertindak lagi.

Kali ini mereka menentang keras tindakan Kementerian Penerangan mengurangkan masa siaran Berita Mandarin di RTM daripada 60 kepada 30 minit yang berkuatkuasa tahun depan.

Tanpa melihat rasional yang diterangkan Datuk Shabery Cheek, mereka melulu menuduh langkah itu menghakis hak penonton untuk menerima berita Mandarin.

MCA memberikan alasan peningkatan pengaruh ekonomi dari China di mana semakin ramai rakyat Malaysia mempelajari Mandarin.

Persoalannya di sini ke manakah arah-tuju MCA dan Dong Jiao Zong untuk merapatkan jurang perpaduan di Malaysia selagi mereka terus menolak tindakan kerajaan untuk memperbaiki keadaan?

Apakah kerajaan akan terus mengambil pendirian pasif dan membiarkan segala ugutan dan kecaman MCA dan penyokong parti itu berterusan?


Ulasan blogger:

Berpandukan rasional MCA bahawa pengaruh ekonomi China begitu dinamik lantaran mendorong kian ramai rakyat Malaysia mempelajari Mandarin mungkin tidak tepat dalam konteks keadaan tekanan ekonomi global.

Terbaru dilaporkan China begitu terhimpit dan jangkaan negara itu akan terus bersinar dan menyerlah jelas terbabas.

Keadaan ekonomi dan pengaruh China kini sebaliknya.

Ekonomi negara itu kini begitu menggerunkan. Ia hanya sekadar impian, walhal realitinya bagi dua bulan berturut-turut kadar eksport menurun 2% berbanding November 2007 sementara import merudum 18% -- amat mengejutkan apabila penjanaan kuasa pula merosot 7%.

Menyorot keadaan yang jelas berpanjangan, parti Komunis China mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan " reaktif dengan pergolakkan serius dalam masyarakat" akan berlaku dan membawa kepada tunjuk perasaan dan protes berikutan jutaan pekerja yang diberhentikan.

No comments: