Berikut terjemahan post blog A Voice (http://anotherbrickinthewall.blogspot.com)
Ini bukanlah alasan pertama Anwar Ibrahim cuba memberi kesahihan kepada serangannya terhadap Tun Mahathir. Dia menggunakan kenyataan Tun berhubung statusnya sebagai bekas banduan selain kenyataan-kenyataan lain.
Apabila mendengar ucapan Anwar yang sentiasa menarik dan menghiburkan, anda perlu bersikap analitikal dan lebih kritikal terhadap logik perbahasan dan rumusannya.
Seringkali tarikan pada ucapannya sekadar curahan sensasi yang menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pendengar yang berpemikiran ringkas dan tidak mendalam, lantaran menerima segala luahan tanpa mengambil kisah samada hujah-hujah tersebut disokong bukti dan fakta.
Bukti dan fakta yang dikemukakannya seringkali tidak berasas dan tidak lengkap. Jika dokumen atau bukti diperlukan, jawapannya ialah dengan meminta supaya masa diberi sebelum bukti-bukti berkenaan dikemukakan, atau setidak pun dia akan berdalih memberi alasan seperti keengganan Hakim Augustine Paul menerima bukti-buktinya yang 'tidak relevan.'
Anwar begitu marah dengan kata-kata Tun Mahathir yang melabelkannya sebagai Perdana Menteri Israel. Oklah, tetapi mengapa sebuah akhbar Israel dapat meramalkan dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang sebelum ia dilaporkan oleh akhbar-akhbar lain di dunia? Apakah Anwar bersekutu atau berkepentingan kepada Israel hinggakan diberi penghormatan sedemikian rupa oleh akhbar arus perdana rejim itu?
Memang tak hairan apabila Anwar menafikannya, malahan menambah dengan berdalih yang dia tidak akan membayar sesen pun kepada mana-mana orang Yahudi.(Perhatikan bagaimana kenyataannya itu tidak pun menaikkan kemarahan atau menyebabkan media antarabangsa teruja.) Anwar mendakwa Tun Mahathir membayar seorang pelobi Yahudi, Abrahamovich bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden George Bush.
Ia sememangnya serangan-balas yang baik, tetapi wang tersebut bukanlah dari kerajaan tetapi diuruskan oleh pihak persendirian. Secara realistiknya, semasa kemuncak gerakan Reformasi yang disokong Amerika (ingat balik kenyataan Al Gore di Kuala Lumpur), keadaan amat memerlukan pertemuan dengan Presiden baru Amerika Syaraikat, George Bush untuk menerangkan keadaan sebenar. Demi negara, sekiranya kita terpaksa menggunakan seorang Yahudi untuk bertemu dengan Presiden Amerika itu untuk menteramkan keadaan, apa salahnya?
Mungkin Anwar tidak mempunyai kaitan dengan Yahudi secara terus, tetapi kita janganlah terlalu taksub hinggakan tidak dapat menyedari untuk siapa pihak-pihak neo-kon ini bekerja. Siapa yang tidak tahu tentang perhubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz, seorang tokoh neo-kon terkemuka dunia?
Anwar bersungguh-sungguh menafikan kaitan-kaitan tersebut. Tak payahlah...dia sendiri tersasul besar semasa menjadi jemputan dalam rancangan wawancara BBC Hardtalk. Nampaknya terlalu banyak percanggahan dalam hal ini.
Seorang bekas Setiausaha Politik Malaysia semasa lawatan ke Bank Dunia pernah diperkenalkan kepada Wolfowitz. Apabila menyedari para pelawat tersebut dari Malaysia, Wolfowitz bertanya sama ada mereka mengenali kawan baiknya Anwar Ibrahim. Nah, apakah kita boleh terus menerima penafian Anwar itu?
Dengan menafikan bahawa dia bukan Perdana Menteri Israel tidak akan mengubah realiti yang dia mempunyai perhubungan kuat dengan Amerika menerusi Foundation for the Future (FFF) yang ditaja negara tersebut. Dalam hal ini juga dia tidak berlengah untuk mengemukakan beberapa penafian lain.
Se-awal November 2005, saya telah menyedari siapa yang membiayai Anwar berikutan sebaris penyataan dalam ucapannya semasa di Universiti Harvard. Sehubungan itu tidak mengejutkan apabila mendengar tentang pembabitan Anwar dalam FFF apabila yayasan tersebut ditubuhkan.
Saya menerima satu post email daripada Jon Conspiracy Theorist berkaitan satu posting dalam blog Moon over Alabama yang mempunyai hubungan dengan Foundation for the Future.
April 16, 2007
Wolfowitz, CIA, Lebanon – Nampak gambarannya di sini?
Rencana oleh Converger dalam laman web media alternatif Daily Kos dan laporan oleh Steve Clemons dalam The Washington Note mengupas misteri yayasan Foundation for the Future.
Itulah tempat di mana buah hati Paul Wolfowitz, Shaha Riza kini bekerja dengan gaji AS$200,000 setahun (bebas cukai), iaitu wang dari Bank Dunia.
Biar saya tambahkan sikit kepada hasil penyelidikan awam berhubung yayasan yang amat diselubungi misteri itu...
Sebelum dia menyertai Bank Dunia, Shaha Riza bertugas di National Endowment for Democracy (NED), satu di antara warisan peninggalan Reagan yang melalui pihak tengah membiayai usaha mempengaruhi perubahan dalam beberapa rejim dunia termasuk parti-parti politik negara luar yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat. Menurut laman web alternatif rightweb:
Pengerusi NED ialah Vin Weber, yang bersama ahli lembaga NED Francis Fukuyama bersama bekas ahli lembaga Paula Dobriansky dan Paul Wolfowitz (kedua-duanya menyertai pentadbiran Bush II pada 2001), telah menandatangani kenyataan mengasas Project for the New American Century.
Bill Berkowitz, seorang pemerhati pergerakan konservatif yang kerap menulis untuk Media Transparency (badan pemantau yang menjejaki sumber pembiayaan banyak organisasi media dan parti politik dunia) mendalami kajiannya ke atas NED:
Menurut penulis William Blum, NED antara lain telah membiayai "komponen penting komplot rahsia Kolonel Oliver North( skandal Iran-Contra ), iaitu rangkaian 'Project Democracy,' yang telah menswastakan dasar luar Amerika Syarikat, mencetuskan perang, menyeludup senjata dan dadah, selain menjalankan pelbagai aktiviti hitam lain. Satu ketika pada 1987, seorang jurucakap White House menyatakan bahawa mereka di NED ' menguruskan Project Democracy.' Ini tidak benar, apa yang nyata NED ialah sayap awam Project Democrac, sementara Oliver North mengendalikan operasi-operasi hitam berkaitan. Macama mana sekalipun, kenyataan tersebut tidak memeranjatkan berbanding jika ia dibuat lebih awal seperti mana CIA didedahkan sebagai dalang di sebalik operasi tak bermaruah itu."
Sebelum mengadakan hubungan dengan Paul Wolfowitz, Shaha Riza berkahwin dengan Bulent Aliriza, pakar berbangsa Turki di Center for Strategic and International Studies. Setelah dipindahkan dari Bank Dunia, Shaha Riza bekerja mengendalikan projek-projek demokrasi di Jabatan Negara Amerika di bawah Elizabeth Cheney, anak kepada Naib Presdien Amerika Dick Cheney.
Pada November 2005, Elizabeth Cheney dan Setiausaha Negara Amerika Condoleeza Rice berada di Bahrain menghadiri pelancaran yayasan Foundation for the Future.
Mereka tiba di Jeddah setelah menghadiri Forum of the Future di Bahrain, yang menyaksikan pelancaran dua institusi. Yang pertama ialah Fund of the Future bernilai AS$100 juta bagi membiayai modal perniagaan kecil dan sederhana. Yang kedua ialah Foundation for the Future bernilai RM55 juta untuk membiayai beberapa NGO dan projek penajaan kebebasan akhbar dan demokrasi.
Yayasan Foundation for the Future diasaskan dengan modal bernilai AS$35 sumbangan Jabatan Negara Amerika, sementara Bahrain menyumbangkan kira-kira AS$11 juta dan selainya daripada beberapa sumber lain di dunia. Seperti yang diketengahkan oleh penulis Steve Clemons, Jabatan Negara Amerika sendiri dalam satu sidang media baru-baru ini, tidak dapat memberitahu di mana pejabat yayasan tersebut. Jabatan itu juga pada mulanya tidak berapa pasti peranan Shaha Riza di sana.
Pendaftaran alamat Internet yayasan Foundation for the Future mendedahkan data berikut:
Admin Name: BMENA Foundation for future
Admin Organization: BMENA Foundation for future
Admin Street1: 1350 Connecticut Ave
Admin Street2: Suite 1000
Admin Street3:
Admin City: Washington
Admin State/Province: DC
Admin Postal Code: 20036
Admin Country: US
Admin Phone: +1.2022347370...
Admin Email:nstormer@hotmail.com
Alamat tersebut sama dengan alamat yayasan Eurasian Foundation. Yayasan tersebut mempunyai seorang Pengurus Projek bernama Neil Stormer. Nombor telefon yayasan itu ialah (202) 234-7370.
Peranan Eurasian Foundation ialah menyokong pergerakan demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union. Ahli jawatankuasas eksekutifnya termasuk tokoh-tokoh terkemuka seperti bekas Setiausaha Negara Amerika di bawah Bill Clinton Madeliene Albright, James A. Baker (ketua Staff Pentadbiran Presiden Ronald Reagan), Lawrence Sidney Eagleburger (diplomat Amerika semasa pentadbiran Clinton, Carter, Nixon, dan Bush), Frank C. Carlucci III (Carlucci seorang ahli lembaga pengarah NED). Yayasan ini dibiayai oleh United States Agency for International Development, USAID yang memang diketahui umum dijadikan topeng kepada operasi-operasi CIA.
Presiden yayasan Foundation for the Future ialah Bakhtiar Amin, seorang berketurunan Iraq-Kurdish yang sebelum perang Iraq pernah mempromosikan apa yang didakwa sebagai bahaya ancaman senjata pemusnahan besar-besaran kepunyaan Saddam Hussein yang tidak pernah wujud. Dia memegang jawatan Menteri Hak Asasi Manusia dalam pentadbiran Bremer/Allawi selepas pencerobohan tentera Amerika Syaraikat. Allawi pernah berkhidmat untuk CIA. Isteri Bakhtiar Amin, Safia Taleb al-Suhail pernah menjadi tetamu Laura Bush (isteri George Bush) semasa majlis ucapan State of the Union pada Februari 2005.
Yayasan Foundation for the Future setakat ini belum lagi membelanjakan wang untuk sebarang peruntukan atau pembiayaan – yang sepatutnya dilakukan. Yayasan tersebut, bagaimanapun, telah mengadakan tiga mesyuarat eksekutif ahli lembaga pengarah yang memakan perbelanjaan tinggi.
Sementara Eurasian Foundation mendakwa membelanjakan AS$360 juta untuk demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union, penyataan misi Foundation for the Future pula berbunyi:
Yayasan Foundation for the Future akan menyokong rakyat negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara dalam usaha mereka memperjuang dan mengukuhkan amalan demokrasi dan kebebasan.
Walau apa pun yang diperkatakan, ia berupa tugas yang sama, tetapi di wilayah berlainan. Mungkinkah tidak lama lagi kita akan menyaksikan berlaku Revolusi Unggu Demokrasi in Arab Saudi atau Revolusi Kuning di Bahrain? Saya fikir tidak mungkin...
Menurut maklumat pada muka surat Soalan Lazim (FAQ) :
"Yayasan tersebut ialah sebeuah badan yang bebas."
Sejauh manakah sebenarnya kebebasan dalam Yayasan itu sedangkan sebahagian besar daripada laman webnya masih mempunyai lokasi dalam laman web Jabatan Negara Amerika?
FAQ juga menyebut:
Ibu pejabat yayasan sedang diwujudkan di Beirut, Lubnan.
Di sini saya keliru sikit. Dengan Bahrain sebagai penyumbang besar, kenapa tidak Manama menjadi pusat Foundation for the Future untuk operasinya di Timur Tengah?
Nampaknya bukan saja saya yang keliru di sini. Dalam komen kepada laman media alternatif Daily Kos, Billmon (seorang blogger berhaluan kiri terkemuka dunia) menyampuk :
Ok, sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour Hersh (seorang wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung sokongan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan Suni anti Hezbollah di Lubnan. Selepas menghayati kedua-dua premis ini, sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN membiayai beberapa tokoh neo-kon
Nampak tak agenda tersembunyi?
Itulah yang unik tentang neo-kon : apabila mendapati suatu tidak berjaya, mereka akan terus menggunakan dengan cara yang sama..
Apa yang terlintas di fikiran saya setelah membaca komen Biimon ialah kebenaran yang diutarakannya, tetapi salah mengenai negara sasaran. Apa yang saya perhatikan di sini, ia bukannya mengenai Lubnan tetapi Palestin dengan kemenangan pilihan raya Hamas yang menuntut perbelanjaan ke arah pelaksanaan demokrasi lebih mantap.
Rejim penjajah Israel memulakan dan (seperti disangkakan) menyokong pelan Amerika untuk melatih dan melengkap penyokong Abbas dengan senjata, tetapi Kongress Amerika pada mulanya menyekat pembiayaan tersebut. Tetapi sekarang Kongress telah bersetuju melengkapkan kumpulan Abbas dengan senjata untuk menentang Hamas (yang memenangi pilihan raya). Tindakan tersebut diperhatikan sebagai usaha mengembangkan demokrasi dengan menggunakan senjata AK-47 agaknya. Oleh itu sekarang ini tiada lagi keperluan untuk wang gelap di sana...dan ada kebenaran pada jangkaan Billmon – bahawa sasaran terkini ialah Lubnan.
Oleh itu kemungkinan besar Shaha Riza, CIA dan Yayasan Foundation for the Future yang didalangi mereka akan bergerak untuk membinasakan Hezbollah.
Seperti kata Billmon: "ia tidak mungkin berlaku, tetapi mereka akan meneruskannya."
Ini adalah di antara hubungan antarabangsa Anwar yang dipersoalkan – yang boleh mengamcam kedaulatan negara kita sekiranya dia menjadi Perdana Menteri Malaysia dan bukan Israel. Dan mengenai kaitan Anwar dengan agenda-agenda lain...tunggu dulu, tunggu dulu, seperti sering menjadi jawapan Anwar...ia akan dikemukakan pada masa yang sesuai nanti...
Akhir kata, kepada semua calon bebas semasa pilihan raya umum lalu; masihkah tidak menyedari siapa sebenarnya penyumbang kepada kempen mereka sebenarnya?
1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Transplante de Cabelo, I hope you enjoy. The address is http://transplante-de-cabelo.blogspot.com. A hug.
Post a Comment