Merujuk sidang akhbar dan kenyataan Karpal Singh dalam media yang menuntut PAS menghentikan impian untuk menubuh Negara Islam: ia adalah bukti antara PAS dan DAP terlalu kuat kontradiksinya !
Pakatan rapuh, bukan Pakatan Rakyat! Kerajaan Pakatan Rakyat, jika tertubuh juga, hanya berdasarkan emosi kebencian terhadap Barisan Nasional.
Apakah perjuangan yang hanya berdasarkan pakatan benci baik untuk perpaduan dan negara? Musuh-musuh Islam dan Melayu Nusantara pasti akan mengambil peluang.
Lihatlah bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang tiba-tiba melantik orang Gerakan bagi jawatan Pengerusi PDC (Penang Develpment Corporation). Pelbagai alasan yang kosong cuba diberikan. Ini silap mata yang kotor...apakah tidak jelas lagi mereka bersatu untuk cuba menghancurkan pembangunan orang Islam di negara yang majoriti penduduknya adalah Umat Islam? Fikirkan.
Mereka bersatu, kita berpecah...malang sekali nasib anak-anak kita. Perkara yg kita takuti selama ini sedang terjadi..apakah kita masih nak membakar rumah sedang kelambu sudah pun dibakar ?
Walaupun memang ada kepincangan dalam budaya UMNO dan BN sepanjang pemerintahan, ia bukan mencerminkan keseluruhan parti. Yang anehnya agenda Pakatan Rakyat terbina di atas bibit-bibit kebencian teratur dan selektif, iaitu pendirian yang dicatur secara halus oleh anasir berpendirian perkauman anti Melayu dan Islam.
Mereka dengan begitu mudah mempengaruhi golongan yang kini mendabik dada sebagai kelahiran golongan Melayu Islam baru. Mereka dengan bangga menyerlahkan diri sebagai Melayu Muslim liberal tanpa merasakan betapa mereka diperalatkan secara halus oleh anasir-anasir anti-bangsa dan agama.
Orang UMNO, orang Melayu, orang BN boleh hidup dengan harmoni di Malaysia tetapi bisikan dan rasukan anasir yang ingin melihat perpecahan adalah petualang yang menggugat fabrik perpaduan ini. Disebabkan inilah maka orang Melayu perlu sentiasa bersifat defensif mempertahankan pendirian dan sentiasa mengenalpasti sebarang ancaman walaupun sekecil kuman sebelum menjadi besar seperti sekarang.
Posisi defensif untuk menjaga bangsa Melayu dan agama Islam bukan bermakna orang Melayu tidak bertamaddun dan tidak inginkan masyarakat sivil dan sebagainya. Masyarakat sivil bukan eksklusif kepada hanya golongan intelektual yang mendabik dada sebagai Muslim dan Melayu liberal. Malahan orang kampung yang hidup serba ringkas pun dapat menyedari konsep yang sama walaupun mereka tidak mampu mentafsirkannya secara intelektual.
No comments:
Post a Comment