"Tuduhan ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, bahawa BN cuba menubuhkan kerajaan di Perak dengan apa cara pun – by hook or by crook – seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Perancis, AFP, tidak lagi bermakna.
Malah hujahnya bahawa dia dan pakatannya sedang berusaha membubarkan Dewan Undangan Negeri dan memanggil pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat jelata juga sudah tidak meyakinkan lagi.
Kurang dua minggu lalu apabila Nasaruddin belot dan melompat menyertai PKR, Anwar tidak pula mengatakan perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru. Malah dia berkata ramai lagi akan menyertai partinya.
Bukan itu saja, sepanjang masa dia mengusik dan mengasak untuk menumbangkan Kerajaan BN melalui pembelotan Ahli Parlimen BN, dia tidak sedikit pun menghiraukan mandat yang pengundi berikan kepada BN."
No comments:
Post a Comment