Sunday, January 11, 2009

Apabila Anwar kata sanggup diludah...


Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Anwar sanggup diludah...," Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata:

Saya tidak berani bersumpah atau berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya.

Datuk Seri, nak buat apa aku ludah muka hang? Buat habis ayaq lioq aku ja. Baik aku debik hang dalam blog ni dan di mana saja aku boleh debik. Aku dah sebut dah, aku sanggup masuk keluaq lokap dengan lebih kerap lagi kalau hang jadi Perdana Menteri dan lepas tu perangai hang tak berubah - sama macam zaman Abim dan zaman Umno dulu.

Tak payah aku ungkitlah. Sendiri mau ingat.

Tu satu perkara. Saya juga ingin merujuk artikel dalam Tranungkite bertajuk "Blog Anwar Ibrahim tertutup". Untuk berlaku adil, dengan nama Mat Mustahak saya pernah debik Anwar dalam blog dia dan disiarkan (Mat Mustahak ni kira kawan Anwar masa zaman Abim dan Yayasan Anda dulu. Bila Anwar masuk Umno, Mat Mustahak terus ikut dia. La ni, setau saya, anak Mat Mustahak jadi aktivis Pemuda PAS di Pendang. Saya dah mohon maaf kepada Mat Mustahak atau Abang Mail kerana guna nama dia untuk debik Anwar).

Debik saya yang tersiar dalam posting Anwar bertajuk "Antara Wolfowitz & Presiden Bush":

(Anwar kata) Penaklukan Amerika di Iraq ditentang keras. tentera Amerika mesti undur segera. Demikian pendirian saya!

(Saya kata) Ini memang trademark jawapan Datuk Seri, sejak saya mengkagumi Datuk Seri pada tahun 1975 sehingga kira-kira Mac 1982.

Datuk Seri akan jawab dengan mengalihkan perhatian kepada soal lain. Atau jawab secara juzuk-juzuk, tetapi tidak semua. Selepas itu, para pengikut akan mendakwa Datuk Seri dah jawab dah - seolah-olah jawab semua. Dalam Abim lagilah teruk, budaya Melayu dan perangai bangsawan Saudi dijenamakan dengan jenama Islam - sami'na wa 'ata'na konon…

Lebih cekap lagi, Datuk Seri akan jawab sikit (memang sikit sangat), selepas itu Datuk Seri akan serang orang lain, atau orang yang bertanya itu sendiri. Hilang perkara asal yang dipersoalkan, serangan Datuk Seri pula yang menjadi isu.

Taktik itu banyak ditiru oleh orang2 Abim di zaman sebelum Mac 1982 (selepas itu, saya tak ambik tau langsung fasal Abim). Ada yang menjadi, tetapi banyak yang tak menjadi.

Bagaimanapun, Datuk Seri beruntung. Taktik itu selalu menjadi hampir setiap kali Datuk Seri menggunakannya - walaupun tidaklah setiap kali, seperti jawapan di atas.

Barangkali saya boleh membantu menjawabnya, "Saya tak sokong sama sekali tindakan syaitan menderhakai Tuhan, tetapi jangan persoalkan persahabatan saya dengan syaitan. Mengapa tak tanya atau persoalkan apa pendirian Abu Lahab atau Fir'aun?!"


Debik saya dalam posting Anwar bertajuk "Usah khuatir dengan serangan":

(Anwar kata) Umpamanya teori "ah mustahak" yang mendabik dada seolah lebih mengetahui sikap pimpinan Abim 1982. Walhal saya tidak pernah mendengar dari Almarhum Ustaz Fadhil, dan lain-lain pimpinan Abim mengenai tafsiran sdr.

(Saya kata) Yang Datuk Seri sebutkan sebagai teori saya itu bukan tanggapan saya seorang. Bukankah itu yang Datuk Seri lakukan ketika menjawab soalan di Parlimen?

Sambil jawab, suruh orang "kencing dalam tempurung dan suluh muka".

Dan, "wal maki wal hamun, lepas itu balik tidoq. Apa program?" Sekarang Datuk Seri pun pembangkang juga, apa program?

Saya tanya Datuk Seri, bukan meminta Datuk Seri mendapatkan persaksian Almarhum Ustaz Fadhil. Buat apa libatkan Almarhum Ustaz Fadhil? Biarkan dia beristirehat di sisi Kekasihnya Yang Maha Agung.

(Anwar kata) Bak kata ulama, Nabi Musa Alaihissalam pun menemui Firaun, inilah jawapan Sheikh Muhd Al-Ghazali manakala dikritik tatkala menemui Hosni Mubarak.

(Saya kata) Nabi Musa 'Alaihissalam menemui Firaun untuk berdakwah, atas perintah Allah.

Tiada siapa pun yang berhak menjustifikasikan perbuatan mereka menemui mana-mana tyrant tanpa tujuan dakwah atau untuk kepentingan ummah dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Musa 'Alaihissalam.

Terima kasih kerana kesudian menjawab. Saya bukan datang ke sini untuk bermusuh. Saya hanya berharap Datuk Seri memperbetulkan kesilapan. Bukankah sebagai manusia biasa Datuk Seri juga mempunyai terlalu banyak salah dan silap? (Saya lagi banyak salah dan silap)

Bagaimana saya nak melupakan pendirian Datuk Seri dalam banyak isu? Umpamanya isu IFC dan beberapa isu lain. Saya maksudkan pendirian selepas Datuk Seri diusir dari Umno. Yang dalam Umno, itu biasalah.

Janganlah lupa, Datuk Seri menjadi harapan begitu ramai rakyat. Sambil menyeru diri saya sendiri, saya menyeru Datuk Seri, please reform!


Saya harap blog Anwar masih terbuka, sama seperti ketika saya debik dia dulu.

sumber -penarik beca

No comments: