Sunday, September 14, 2008

Mana prinsip demokratik dan tanggung-jawab Anwar sebagai rakyat?


Apa yang nyata hasrat untuk menubuhkan kerajaan baru seperti yang dirancangkan oleh Anwar sesuatu yang jijik dan tidak bertanggung-jawab

Banyak pihak, sama ada dalam pembangkang dan dalam kerajaan menganggapnya sebagai tidak bermoral kerana Awar langsung mengenepikan landasan demokrasi di Malaysia.

Apa yang lakukannya ialah melacurkan mandat rakyat dengan cara memutar-belit keadaan dan mewujudkan ketidakselesaan dalam pemikiran seseorang. Dia menggunakan segala-galanya – tak kira yang benar atau tidak, yang salah atau betul untuk mencapai hajatnya.

Perlembagaan persekutuan di 'spin' mengikut interpretasi sendiri bagi memberikan kesihahan kepada agendanya. Rakyat tidak boleh dan tidak perlu menerima manipulasi licik ini.

No comments: