Baru hari minggu lepas, kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR meraikan 100 hari pertamanya, kini kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah dipersoalkan oleh ahli-ahli PKR dan juga ADUN-ADUN PKR.
Sebenarnya petanda tidak baik sudah mula timbul semasa perayaan 100 hari yang digembur-gemburkan sebagai meraikan 100 hari untuk kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Perjumpaan yang menjanjikan 100,000 hadirin terasa amat dingin dan sepi. Ia hanya menarik lebih kurang 10,000-15,000 orang saja. Jumlah ini hanya menyerupai perhimpunan Black 14 pada 14 April 14 lalu di Kampung Baru. Mungkinkah cara PKR memonopoli pentas dan perayaan telah menyinggung penggiat-penggiat PAS?
Presiden PAS dan Menteri Besar-Menteri Besar PAS yang diwar-warkan akan hadhir, tidak muncul pun. Dato Dr Hasan Ali yang sepatutnya berucap bersama Lim Kit SIang tidak berucap. Yang jelas kelihatan, hanya bendera-bendera PKR di sana sini.
Kini sudah terdedah wang sumbangan daripada pihak swasta tidak dimasukkan di dalam akaun kerajaan negeri tetapi ke dalam akaun PKR. Pemuda PAS sudah menyuarakan kekecewaan terhadap insiden ini.
Sekarang timbul pula isu terbaru. Perasaan tidak puashati sudah timbul di kalangan penyokong reformasi asal. Menurut mereka Khalid sedang berusaha mengenepikan penggiat reformasi dalam perlantikan ahli-ahli majlisr tempatan.
Perkara ini berlaku ikutan terdedahnya peranan Khalid dalam laporan polis yang dibuat oleh empat ahli PKR terhadap Yahya Saari, pembantunya sendiri. Kini diketahui abang Khalid sendiri, Hajiman Ibrahim yang telah mengarahkan Remy Iskandar membuat laporan tersebut.
Pada sidang akhbar sebelum ini, Khalid menyatakan penyiasatan awal menunjukkan tiada kes. Kenyataan itu pelik kerana seolah-olah Khalid bertindak sebagai jurucakap BPR. Dua hari lepas, Khalid pula mengumumkan Yahya digantung selama dua bulan menunggu penyiasatan siap.
Modus operandi Khalid menyerupai cara lamanya semasa memegang jawatan CEO Guthrie dan di PNB. Seorang penulis di MyKMU mendedahkan Khalid pernah melakukan cara yang sama di Guthrie. Dia memberi tekanan hingga seorang Pengurus terpaksa bukan sahaja berhenti tetapi hingga berhijrah ke New Zealand untuk mencari nafkah bagi keluarganya.
Mungkinkah salahlaku yang menyebabkan Yahya digantung itu arahan Khalid sendiri? Semalam, akhbar Sinar Harian menyiarkan dalam laporan bertajuk, 'Penafian Khalid.'
Yahya yang mengetahui rancangan disebalik tabir Khalid itu telah bertindak. Dia meletakkan jawatan dengan sokongan ramai akar umbi dan pemegang jawatan yang turus tidak berpuas hati cara Yahya digantung.
Semalam, sekumpulan ahli PKR berdemonstrasi di hadapan kediaman rasmi MB di Shah Alam. Mereka menuntut Khalid meletak jawatan. Rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Khalid yang masih mengikut cara pengurusan"self centered" otokratik lamanya mula terbongkar.
Hari ini dengan amalan sama yang telah menyaksikan sebahagian besar pegawai pengasas PNB meninggalkan organisasi itu seolah-olah menjelma lagi ketika di menjadi Menteri Besar Selangor. Ramai yang mengatakan Khalid cemburu terhadap mereka yang lebih cerdik dan bijak darinya.
Masa akan menentukan terbongkarnya secara ketara amalan kronisme Khalid yang telah didedahkan dalam blog A Voice. Dengar khabar rasa tidak puas hati juga dilahirkan masyarakat peniaga Cina berikutan berita persekongkolan Khalid dengan Dato Lim Kim Hong. Sumber boleh dipercayai menyatakan Khalid sedang menghadapai masaalah dengan bank dalam lingkungan jumlah RM1.8 juta. Dia perlu menyelesaikan komitmen tersebut agar ianya tidak menjejaskan jawatannya dalam politik.
Alah bisa tegal biasa. Sebagaimana yang pernah dilakukan, Khalid sedang merancang untuk melencongkan projek dan kontrak kepada rakan baiknya Lim.
Apa pula peranan ahli-ahli korporat ternama di dalam PKR sekarang? Ini pun menjadi isu ditimbulkan oleh akar umbi PKR yang merasakan diri mereka sebagai carpetbagger.
Semalam Yahya telah berjumpa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata. Apa yang harus Anwar lakukan? Kita jangan lupa pula kata-kata Anwar semasa berkempen untuk Khalid di pilihanraya kecil Ijok. Dia menyatakan mengenali Khalid lama dan yakin dengan kejujuran dan kebolehannya.
Bagi yang mengetahui dan mengenali Anwar, mereka tidak akan menerima bulat kata-kata Anwar yang sentiasa bercambah dan bercanggah.
Tuesday, June 24, 2008
Tembelang MB Selangor terbongkar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment