Tindakan Pakatan Rakyat memboikot akhbar Melayu dikatakan berikutan apa yang dianggap sebagai penyiaran berita yang kononya meniup sentimen perkauman.
Tidak kiralah siapa nak baca atau tak mahu baca akhbar Melayu. Blog banyak, sembang kedai kopi bercambah lengkap dengan 'ad lib' dan 'editorialising' sendiri. Dalam hal ini boikot tidak mungkin boleh menjejas populariti akhbar vernakular seperti akhbar Melayu. Lagi pun selama ini Pembangkang memang pun tak percaya dan tak gemar membaca akhbar arus perdana Melayu...dah tu apa yang nak diherankan, kecuali mungkin sejak kebelakangan ini mereka semakin tergugat dengan ketelusan penulisan yang meluahkan intipati perasaan orang Melayu?
Tetapi, apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan meniup sentimen perkauman? Apakah menulis mengenai pendapat untuk menasihat dan mengingatkan bangsa sendiri boleh diertikan sebagai tergolong dalam 'kesalahan' ini?
Dalam akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Inggeris tidak kurang juga berita, analisis dan komen yang boleh dianggap boleh menaikkan kemarahan orang Melayu atau sebagainya. Sedihnya, ramai di kalangan orang Melayu tidak menyedari hal ini kerana mereka hanya membaca akhbar bahasa Melayu. Dan apa pula dengan blog berita alternatif seperti Malaysia-Today? Lebih dasyat lagi kandungannya...
Di sini yang penting ialah interprestasi dan perspektif tafsiran sesuatu kandungan dari kacamata seseorang. Ia sama juga seperti mentafsirkan karya-karya seni seperti filem cereka, teater dan novel. Pada orang ini ia mungkin memualkan, pada orang lain mungkin sesuatu yang boleh mencetuskan kesedaran.
Menyentuh perkara ini elok jugak diketengahkan komen Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan yang mahu media khususnya akhbar Cina supaya tidak terlalu mensensasikan berita membabitkan jenayah kerana ia menyebabkan imej bandaraya serta negeri Johor terutama sekali di kalangan pelancong asing serta pelabur menjadi buruk.
Katanya, jelas ada pihak yang cuba mempolitik dan memainkan sentimen perkauman dengan mendakwa polis gagal melindungi masyarakat Cina. Ini, menurutnya tidak patut berlaku.
No comments:
Post a Comment