Tuesday, March 17, 2009

“RANCANGAN PEMBANGKANG HAPUS INSTITUSI RAJA”

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan isu pencabulan berterusan terhadap Institusi Raja, termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah sebagai rancangan besar pembangkang untuk melumpuhkan kuasa Raja-raja Melayu. Seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, tindakan pembangkang sejak kebelakangan ini mengambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh, berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993.

Sekarang semacam ada Grand Design untuk melumpuhkan kuasa Tradisi Raja, walaupun ketika ini masih ada kekangan yang mampu menyelamatkan kedudukan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pembangkang pada masa kini terlalu mengikut cara politik tersendiri, seperti menghasut pihak tertentu supaya bersama mereka bagi memastikan Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa Tradisi tidak lagi berkesan, itu yang kita Nampak oleh pihak pembangkang yang terlalu mengikut kehendak hati masing-masing.

UMNO perlu berani mengambil langkah yang drastik bagi mengubah situasi membimbangkan itu, termasuklah mengembalikan imuniti hak Raja-raja Melayu, kita memerlukan kepemimpinan yang berkesan untuk menyelamatkan keadaan yang tidak menentu itu, bukan mudah untuk mengembalikan semula imuniti hak Raja-raja Melayu selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993 kerana peristiwa itu melewati tempoh lebih kurang 15 tahun.

Apa yang kita perlukan sekarang ialah memastikan Kesatuan dalam UMNO disemua peringkat dan mengemblangkan semula kekuatan UMNO yang menjadi tunjang utama bagi orang melayu dan bangkit mempertahankan Institusi beraja. UMNO mempunyai lebih kurang dua juta ahli pengikutnya, dalam perjuangan untuk membina semula Parti yang diharapkan akan berlaku ketika kepemimpinan Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu nanti.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, peringatan tegas terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengenai penyatuan melayu hendaklah dijadikan motivasi untuk UMNO bangkit semula dalam isu sebegini.

Kita tidak pernah ada pengalaman tiga Sultan naik ke depan dan bercakap mengenai soal penyatuan melayu, tetapi nampaknya ia berlaku juga sekarang.

Oleh :- Anggerik Desa

No comments: