Hari ni saya menerima sms memaklumkan pada akhir 2010 nanti, kerajaan Malaysia mensasarkan 50% daripada 5.5 juta isi rumah di Malaysia akan menimati kemudahan jalur lebar kelajuan tinggi.
Wah,best la sikit...takdelah akses internet ni lembab semacam...dan...bolehlah kita ber "blog" dengan lebih lancar dan agresif...tak macam dikebanyakan tempat sekarang ni.
Tapi...syarikat yang akan menawarkan perkhidmatan tu jangan le terlalu terbawak-bawak dengan keghaiarahan mendapatkan seramai pelanggan yang mungkin, tapi 'servicenya' teruk semacam. Nak dapat perkhidmatan pun ada yang sampai setahun. Kadangkala setahun lebih pun tak dapat jugak.
Ada kes, orang tu dari dia masih hidup mintak perkhidmatan, sampai dia dah jadi arwah, masih tak dapat perkhidmatan jalur lebarnya. Tu le orang jadi malas nak subscribe tu. Strategi pemasaran terlalu laju, tetapi perkhidmatan dok lembab...hancus!
Sekarang, bila tengok agen-agennya bertaburan - kat celah-celah tiang supermarket, kat depan bank, kat tepi parking lot, yang berpayung sama kat sebelah mamak jual kacang putih, kita jadi kesian pulak kat diaorang dan kat bakal pelanggan yang akan sign up dan subscribe tu....
Kesian kat diorang ni sebab dah terlalu ramai agen.Tak ke ada pertindanan kawasan yang perlu mereka "cover"? Saiz "technical team"nya pula tak langsung setimpal dengan perkhidmatan yang bakal diberikan.
Diharap syarikat-syarikat telco induk yang berkenaan bermuhasabah bagi kepentingan bersama.
Sunday, July 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya setuju dgn padangan ni. Habiskan duit je. Syarikat pengendali harus lah tengo2kan hal ini. Jangan nak tau ambil untung saja. Duit tak bole nak dbawa mati...
jangan hanya laju..tapi x berkualiti perkhidmatannya
Post a Comment