Monday, October 27, 2008

Its the economy for Najib...


During the March general election campaign, the opposition's message was simple: Barisan Nasional (BN), they told voters, stood for "Barang Naik," which translates to rising prices.

Then, the oil price hikes, and their consequential effect on inflation, were used to amplify everything that could be wrong with the administration of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Now, as Datuk Seri Najib Razak prepares to take over the helm, the economy is even more dire straits.

He is already being judged on his handling of the economy even though he has barely learned the geography of his new office at the Finance Ministry.

Any follies and poor handling of the economy will surely open the door to a parliamentary opposition stronger than any BN government has ever faced.

Malaysians are far less forgiving today.

The opposition Pakatan Rakyat will pounce on any opening to put pressure on the government and any misstep could even result in the government falling before completing even half its term in office.

So far, the prognosis is not good for the Malaysian economy.

And Najib's first prescription — a RM5 billion injection of borrowed EPF money into the stock market — is not being well received.

The aim is to prop up Malaysia's stock market.

But it is already being criticised as throwing good money after bad.

The government should realise that Malaysia's market is very small and will follow global trends.

There is very little confidence now globally in the markets, banks or even the capitalist financial system.

Najib, as the Finance Minister, needs to show more leadership.

He cannot afford to say he will only wait until Nov 4, when he winds up the debate on the Budget in Parliament, to offer details on what the government plans to do.

The market will not wait. It is an unforgiving animal.

There are genuine worries that the future is not bright for Malaysia because the country's trading partners are all going into recession, which means the market for Malaysian products and services is not strong.

This means Malaysian businesses will need more liquidity.

Perhaps Najib and the rest of Malaysia's senior government leaders should try to learn a lesson from what is happening in the US presidential election campaign.

The two candidates almost trip over each other in trying to offer an economic plan and to support the proposed bailout when the economy started to turn.

Politics had to be thrown out the window, they both said, as they tried to appeal to voters who were only looking at pocketbook issues.

In Malaysia, Umno is in the middle of an intriguing race for top party posts.

Najib looks a clear certainty in winning the Umno presidency unopposed.

He will have to now concentrate more on providing the kind of leadership needed to manage the economy in what is uncharted territory.

He will not need to be mired in a controversy over the proposed acquisition of 12 Eurocopters.

He will not need to be mired in controversies surrounding race relations.

He will certainly not need to be mired in the politics surrounding his own party or that of the Barisan Nasional.

What he will have to focus on right now is the economy.

If he does not manage the economy well, it could be the end of the road for him and the BN.

Tuesday, October 21, 2008

Rais: ada ahli UMNO mahu duit, bukan pemimpin yang baik...


"Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa.

Pemilihan UMNO pada Mac depan diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka dengan pembida tertinggi mendapat jawatan dalam parti melalui amalan politik wang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sehingga kini amalan politik wang masih belum dapat dibanteras kerana ia telah berakar umbi, sekaligus menjadi budaya dalam parti.

"Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. Kalau begitu umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," katanya.

Menurut beliau, antara kekangan utama dalam membanteras gejala itu ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka.

"Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin. Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.

Beliau juga berkata, cadangan supaya sistem kuota dikaji semula atau dihapuskan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tertentu.

"Kalau tak hapuskan pun, mungkin bilangan yang terhad dikenakan tapi pada pandangan lain pula, kalau langsung tak ada syarat, ia mungkin disertai oleh beribu calon," katanya.

Umno jelas Rais, tidak mempunyai kebolehan yang cukup untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru adalah lebih wajar sekiranya ia diserapkan di bawah bidang kuasa undang-undang negara.

"Yang terbaik mungkin kita boleh lihat sahabat-sahabat kita dari MCA dan Gerakan. Mereka tidak ada syarat yang ketat tetapi secara dasarnya, mereka bebas dari semua amalan ini.

"Saya mungkin silap tetapi saya percaya ketelusan ialah guru yang baik dan kita perlu mengajar diri kita menerusi pengalaman yang lepas, apatah lagi pengalaman yang lepas itu tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Dipetik dari BERNAMA

Teresa Kok: Bukan apa yg dibuatnya, tetapi apa yg tidak dibuat...


Tindakan Teresa Kok mengemukakan saman ke atas seorang wartawan Utusan Malaysia dan akhbar itu sendiri berhubung rencana "Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya" yang disiarkan tidak lama dulu menarik perhatian.

Sememangnya hak Teresa untuk mengambil tindakan itu dan lantaran menuntut ganti-rugi jutaan ringgit.    

Tetapi pada pendapat saya, yang menjadi persoalan di sini bukanlah sekadar apa yang didakwa dilakukan oleh ahli parlimen itu. Lebih penting ialah apa yang TIDAK dilakukan olehnya sebagai seorang wakil rakyat yang telah dilantik sah secara demokratik dan telah mengangkat sumpah untuk menjaga kesejahteraan negara.

Jika dia melakukan sesuatu yang melanggar peradaban keharmonian kaum, itu kes yang nyata. Bagaimanapun, persoalannya di sini apakah yang sebenarnya mencetuskan reaksi hingga membawa kepada keadaan sekarang ini?

Di pihak wakil rakyat itu saya bertanya sama ada dia sedar yang tanggung-jawab bukan sekadar berlandaskan apa yang dia lakukan, tetapi juga apa yang di TIDAK lakukan (omission).

Sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen, dia seharusnya lebih berhati-hati menangani isu-isu yang boleh menyebabkan rasa kurang senang di antara kaum. Walaupun pada perspektif pemikiran liberalnya, tindakan, gesaan atau insiatifnya mungkin tidak berbahaya, tetapi persepsi masyarakat mungkin berbeza dan kebarangkalian membawa kepada masalah.

Dalam konteks ini Teresa perlu bertanya pada diri sendiri apa sepatutnya dia TIDAK lakukan...

Human rights: Practice what you preach


With so much rantings and accusations by people who see themselves as champions of every mode of freedom, one question begs to be answered.

Do we realise how in many instances the change must first be done right in our own homes?

Although many of us Malaysians hold high respect for the rights and freedom of others, sadly there are still those who do not practice what they preach.

One stark instance is the denial by some unscrupulous people who employ maids of different religious belief. How many times have we seen or heard complaints by these unfortunate maids that they were often denied the right to practice their religion?

It is true. There are employers who would not hesitate to force their maid to handle pork and forbid them from performing their prayers.

Our hearts bleed to hear all these, for here we are, beyond the confines of our private castles we would not hesitate to hit out at any perceived attempts to restrict free religious practice, although our observations have often been skewed and distorted by narrow perspectives.

While some may gladly allow their maids to practice their religious duties, there are still many others who, aware of the fact that the maids under their employment are Muslims but nevertheless take advantage of their youthful ignorance and abet in the degeneration of their religious duties.

So, employers...have a heart...dont do this to others if you do not want others to do the same unto you.

Thursday, October 16, 2008

MCA: Kaji semula kedudukan dominan UMNO dalam BN


Pemuda MCA hari ini mahu kedudukan dominan Umno dalam Barisan Nasional dikaji semula.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini boleh dilakukan dengan menambah satu lagi jawatan timbalan pengerusi BN.

Pada masa ini, pengerusi Dewan Tertinggi BN ialah presiden UMNO yang juga perdana menteri.

Kontrak Sosial diterima?


Kolumnis Malaysian Insider, Wan Hamidi Hamid berkata tidak sesiapa pun mempertikaikan kontrak sosial antara kaum yang telah mewujudkan Malaysia merdeka lebih 50 tahun lalu.

Tanpa mengulangi segala perdebatan yang berlangsung sejak sekian lama berhubung perkara ini sama ada di media arus perdana ataupun media alternatif, apa yang diperhatikan oleh Hamidi jelas sekadar perspektif luaran.

Setelah menyorot hampir kesemua komen dan kritikan yang tersiar dalam Internet dan media arus perdana, rata-rata saya melihat ada golongan yang secara terang-terangan mempersoalkan kesahihan kontrak tersebut.

Kebanyakan mereka menafikan kewujudan kontrak itu sementara yang akur dengannya pula cuba mengikut arus dengan rasional beralas demi kepentingan sendiri.

Tidak...tidak benar sama sekali golongan bukan Melayu menerima kontrak sosial. Yang pasti dan nyata mereka bergerak menafikan kewujudan perjanjian tersebut.

Berdasarkan ini maka tidak timbul isu samada mereka menerima quid pro quo berkenaan seperti yang ditegaskan semula oleh Majlis Raja-Raja kelmarin.

Pemikiran cetek Raja Petra...


Dalam rencana yang disiarkan menerusi Malaysia-Today bertarikh 14 Oktober (sini), Raja Petra antara lain menulis, ''...cabaran kita sekarang ialah memastikan dasar-dasar Amerika Syarikat menggerakkan sistem antarabangsa ke arah lebih kesaksamaan, keadilan dan kesejahteraan...''

Walaupun sekilas pandang ayat berbentuk populis itu meletakkan Amerika dipersada terhormat pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi realitinya berbeza sekali...

Lihat saja nasib rakyat Iraq berikutan pencerobohan tentera dan lain-lain contoh kesan campur-tangan Amerika. Petikan di atas adalah daripada buku Barak Obama,'The Audacity of Hope' tetapi persoalannya kenapa perlu disebut bahagian itu?

Yang nyata petikan melulu Raja Petra atau sesiapa saja di antara pembantunya yang menyiarkan posting tersebut hanya mencerminkan kebodohan dan kecetekan pemikiran mereka. Mereka menelan bulat-bulat apa jua yang didatangkan dari barat, terutama Amerika Syarikat.