Wednesday, July 30, 2008

Karpal tidak senang...macam terkedu...


Karpal Singh tidak mahu komen berhubung kenyataan komen Nik Aziz.

Semalam Nik Aziz meminta Karpal menghormati hasrat PAS mengadakan muqabalah dengan Umno.

Ahad lalu, Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula kedudukan PAS sebagai ahli dalam pakatan yang dibentuk selepas menawan lima negeri pada PRU 12 lalu. Dia menyelar langkah PAS berunding dengan UMNO "atas nama perpaduan Melayu" dan menyifatkan langkah yang dianggap bersifat perkauman itu tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.


 

Tuesday, July 29, 2008

Penyatuan Melayu lebih penting daripada segala-galanya

Mengapa agenda penyatuan Melayu lebih penting daripada segala-galanya. Lebih penting daripada UMNO dan lebih penting daripada PAS.

Perpaduan Melayu pada hemat saya adalah titik di mana bermulanya pelbagai agenda, sama ada yang positif atau negatif. Ia positif apabila diambil kira betapa peradaban dan keluhuran Melayu membuka ruang kepada manifestasi sebenar negara Malaysia melalui penerimaan kaum lain, kesudian berkongsi ekonomi dan hak dalam konteks persejagatan pada perjanjian (sama ada ada tertulis atau lisan) yang diperturun, lantaran dipersetujui semua masyarakat.

Melayu tidak pernah berasa dengki atau tidak senang dengan kemajauan yang dicapai masyarakat lain. Walaupun ada wujud elemen-elemen negatif ini, ia sebenarnya merupakan sikap individu dan kelompok manusia yang dianggotainya. Kebencian, perasaan iri hati dan diskriminasi bukan karekter Melayu sebenar, apatah lagi Melayu yang beriman kuat dengan rukun Islam.

Selagi Melayu berpegang kuat kepada tuntutan agama, bangsa yang telah berkurun menerima kedatangan kaum lain ke bumi tercinta ini dan membantu mereka mendirikan kampung halaman, negara Malaysia tidak mungkin mudah digugat kekocohan.

Tetapi, kini Melayu menjadi mangsa sikap sendiri. Bukan bangsa Melayu yang salah, tetapi nafsu tamak yang tidak dapat dibendung telah menanam bibit-bibit kehancuran. Ia menjadi lebih buruk apabila identiti Melayu sebenar tidak dipertahankan, dan sebaliknya generasi-generasi kebelakangan ini begitu mudah menerima segala apa yang disogokkan pada minda mereka. Segala apa yang diperhatikan kini dianalisa dan ditafsir berdasarkan logik barat sementara apa yang terhukum dalam ajaran agama dibandingkan dengan logik manusia yang singkat. Dan daripada saat itu maka beransur runtuhlah perpaduan ummah dan Melayu.

Tiada salahnya bagi orang Melayu bersatu. Ia tidak ada kena mengena dengan tanggapan perseteruan, polarisasi atau sebarang agenda tersembunyi.

Hairan mengapa kaum lain perlu menggelabah dengan apa yang dilakukan oleh orang Melayu demi perpaduan sendiri...

Wednesday, July 23, 2008

Penyataan Rice jelas membuktikan campur-tangan


Sehari selepas Syed Hamid mengadakan taklimat untuk wakil-wakil negara asing bagi menerangkan kedudukan sebenar tuduhan liwat ke atas Anwar, Amerika Syarikat hari ini, menerusi Setiausaha Negara Condoleeza Rice, tidak teragak-agak menggesa Malaysia supaya telus dan patuh kepada undang-undang dalam hal tersebut selain membayangkan ketidakpercayaan terhadap keterangan rasmi yang diberikan oleh Syed Hamid kelmarin.

Jika dulu Al Gore di KL, kini Rice di Singapura pula.

Jelas hubungan Anwar dengan Amerika begitu intim hinggakan negara balaci rejim zionist itu seolah-olah melihatnya sebagai 'pejuang' penting bagi agenda liberalisme di rantau ini. Jika sebelum ini gesaan dan teguran datang daripada ahli-ahli jawatankuasa kecil kongres, penyataan Rice boleh dianggap pendirian rasmi Amerika, justeru mensahihkan 'pencerobohan' dan campur-tangan mereka ke atas negara seperti Malaysia.

Di hari-hari akan datang mungkin muncul lain-lain negara 'sekutu' Anwar, seperti Turki mengikuti jejak Amerika

Tuesday, July 22, 2008

Muzakarah: jangan lihat dari perspektif sempit


Shahrir Abdul Samad mengingatkan semua pihak tidak memandang muzakarah dari sudut pemahaman sempit.

Katanya tidak semestinya setiap perbincangan antara parti yang mewakili kaum yang sama hanya membincangkan isu perkauman.

Shahrir mengulas ini berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat tidak berminat kepada perkara yang hanya menyentuh satu kaum sahaja.

Lim membuat kenyataan itu ketika diminta mengulas pendedahan muzakarah antara Umno dan PAS oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semalam Lim berkata sekiranya ada pertemuan antara DAP dengan MCA atau Gerakan, ia tidak akan hanya membincangkan isu kaum Cina sahaja tetapi lebih kepada isu bangsa Malaysia.

Untuk rekod, muzakarah antara Umno dan PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Bagaimanapun, muzakarah itu diadakan tanpa disertai Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anwar menggembeling bantuan luar


Kes liwat Anwar (dia cuba menggunakan orang luar bagi mempromosi dirinya sebagai tokoh agama) untuk menghilangkan kesangsian terhadap wataknya:

Anwar bergantung kepada 4 senjata utama :

1. Road show ceramahnya seluruh negara.
2. Sokongan khalayak PAS & ulama PAS
3. Sokongan ulama luar negara
4. Sokongan NGO Antarabangsa khususnya dari AS.

Setakat ini, Anwar berjaya mendapat :

1. Sokongan fatwa kawannya dalam IIIT, Sheikh Taha Jabir Alawani
2. Sokongan Mufti Perak
3. Sokongan NGO Antarabangsa dari AS yang pernah dilibatinya, iaitu Islamica Magazine (Anwar penasihat kehormat), International Crisis Group (ICG - Anwar AJK kehormat); AccountAbility - (Anwar Presiden); Senator Joe Biden-pelobi US - kawan baik Anwar; National Democratic Institute (yang dipengerusi Madeline Albright - juga kawan baik Anwar , dan International Republican Institute (IRI) - pernah bantu Anwar dalam PRU 12 melalui penyaluran dana kepada MAFREL.
4. Anwar juga turut senaraikn tokoh-tokoh Muslim antarabangsa yang menyokongnya - terutama para profesor di Universiti Georgetown & John Hopkins (kedua-duanya tempat Anwar pernah mengajar).

Anwar turut mempamerkan tokoh-tokoh ternama luar negara khusus dari ahli IIIT & ISNA yang berpusat di AS, UK & Kanada. Anwar lebih berusaha menyebarkan fatwa Sheikh Taha Jabir Alwani untuk menyakinkan rakyat. Usaha-usaha penyebaran sedang giat dilakukan di internet untuk membersihkan imejnya.

Siapakah Dr Taha? : Dr Taha Jabir al-'Ulwani bukan kali pertama mengeluarkan fatwa membela Anwar, bahkan pada 1998, Dr Taha diterbangkan dari Amerika ke rumah Anwar di Damansara untuk mengeluarkan 'fatwa' yang sama. Ketika berucap di rumah Anwar itu Dr Taha berpakaian tradisional Timur Tengah (dengan berjubah,) walhal kehidupan sehariannya di Amerika lebih selesa berkot & tie.

Dr Taha Jabir al-'Ulwani adalah Presiden IIIT. Dia, Anwar, Abdul Hamid Sulaiman, dan Dr Jamal Berzinji - kesemuanya adalah pengasas IIIT, di Herndon, Virginia, Amerika yang tertubuh sejak 1981 lagi. Dr Taha juga merupakan Presiden Universiti Cordoba Amerika.

Persoalannya siapakah Dr Taha ini dan layakkah dia memberi 'fatwa' ?. Apakah 'fatwanya' setaraf dengan pendapat yang dikemukakan, misalnya oleh Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ? Mana lebih berpengaruh?, pendapat Dr Taha yang merupakan kawan rapat Anwar & menetap di Amerika ATAU Mutfi Perlis yg tidak mempunyai apa-apa-apa kepentingan dengan Anwar ?

Dr Taha Jabir al-Ulwani tidak layak memberi 'fatwa' kerana tidak bertaraf mufti atau ulamak tempatan tapi cuba digembar-gemburkan oleh Anwar sebagai "ulama".

Ketidakadilan 'fatwa' Dr Taha adalah kerana dia bersikap berat sebelah menyokong rakan karibnya yang bersama-sama menubuhkan The International Institute of Islamic Thought (IIIT) pada 1981. Latar kehidupannya di Amerika amat disangsikan; sebagai Presiden Universiti Cardoba Amerika yang bekerjasama dengan Universiti Kristian terbesar di Amerika, iaitu Washington Theological Consortium (WTC)

Bermakna sama ada Anwar atau Dr Taha, mereka adalah kumpulan yang sama-sama bergiat mempromosi agenda Amerika, iaitu meningkatkan persefahaman Kristian & Muslim di seluruh negara Islam melalui pelbagai jenama Islam termasuk IIIT, pusat pengajian (seperti Universiti Cordoba) atau badan pemikir seperti The Center for Study of Islam and Democracy (CSID).

Apatah lagi, agenda persefahaman antara agama tajaan AS amat sensitif di Malaysia kerana berkait dengan Interfaith Council/Commission (IFC) yang ditentang keras PAS. Malah PAS menentang sekerasnya IFC kerana tidak mahu menjadikan Islam & agama lain sebagai sama saja. Apatah lagi apabila diketahui di belakang IFC itu adalah Bar Council, Institut Kajian Dasar(IKD) & NGO Nasrani Jerman, Konrad Adenuer Foundation (KAF).

Di belakang IFC adalah Anwar yang menggunakan instrumen tersembunyi jenama Islam Amerika; IIIT, CSID dan CMCU (Center for Muslim-Christian Understanding Georgetown University). Agenda IFC ini pernah disebut Mat Sabu (Naib Presiden PAS) sebagai agenda 'Islam Amerika' dalam ceramah-ceramah kritik Anwar pada 90-an.

Persoalannya : Jika benar Anwar peliwat & dia juga cuba memanipulasi fakta & berjaya, apa agaknya balasan Allah kepada kita?

Thursday, July 17, 2008

Bekas peguam Razak Baginda akan beri keterangan polis berhubung kes Balasubramaniam


Masih ingat M.Puravelan, peguam pertama yang mewakili Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shariiibu?

Peguam berjambang badan sasa yang juga seorang pakar seni mempertahankan diri Aikido itu hari ini dipanggil untuk soal-siasat polis berhubung akuan bersumpah P.Balasubramaniam.

Soal-siasat tersebut sebahagian daripada penyiasatan polis berhubung akuan bersumpah Balasubramaniam di mana dia mendakwa Abdul Razak memberitahunya bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengenali Altantuya dan pernah mengadakan hubungan sulit dengannya.

Bagaimanapun, Balasubramaniam menarik-balik akuan bersumpah berkenaan sehari kemudian sebelum menghilangkan diri. Polis telah memperolehi satu lagi akuan bersumpah daripada Balasubramaniam di mana dia menyatakan akuan bersumpahnya terdahulu, yang disiarkan secara awam oleh Anwar Ibrahim dibuat secara tertekan.

Puravalen diambil sebagai peguam oleh keluarga Abdul Razak bagi mewakilinya selepas ditangkap pada lewat 2006. Peguam tersebut, bagaimanapun, kemudian menarik diri dan digantikan dengan K.K.Wong.


 

Tuesday, July 15, 2008

Kehebatan berpidato tidak bererti kepimpinan yang bijak


"Sejurus selepas dibebaskan dari penjara, Hitler bertindak merampas kuasa secara berperlembagaan, bukan kekerasan...dengan menggunakan sepenuhnya kecekapan berpidato berteraskan demagogi..."

Di sini kita dapat perhatikan bahawa mereka yang hebat berpidato tidak semestinya akan menjadi pemimpin yang waras, berhemah dan adil.

Kehebatan mereka sebenarnya disebabkan kecekapan berpidato – kemahiran yang seringkali disalahgunakan untuk meraih sokongan buta rakyat bagi kepentingan tamak mereka.